|
|
|
Cara mudah membina web dengan percuma.
Mula membina Anda perlu mempunyai tapak web (web space) sebelum mula membina website. Daftar secara percuma dengan laman web yang memberi servis tapak web seperti Freeservers.com, geocities.com, fortunecity.com, ataupun Yahoo.com. Biasanya laman seperti ini menawarkan sekurang-kurangnya 50MB hingga 100MB ruang server. Lebih besar ruang, lebih banyak file dapat anda simpan untuk pembinaan web anda. Perisian yang mudah untuk anda gunakan bagi merekacipta laman web ialah seperti Microsoft Frontpage. Terdapat juga beberapa freeware yang dapat anda download dari internet. Untuk menambah seri pada laman web anda, terdapat laman web yang menawarkan background untuk di downloadkan secara percuma. Contohnya, freesitetemplates.com dan MattsDigitalDesigns.com. Terdapat laman yang memberikan khidmat seperti guestbook, carian dan bermacam lagi. Anda boleh mendapatkannya dari laman seperti Bravenet.com. Skrip Java Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza, anda boleh meletakkan skrip yang tertentu. Untuk menjelaskannya anda boleh melawat laman seperti javascript.com atau javascriptsource.com yang menyimpan berbagai skrip yang boleh di salin dan tampal (cut and paste) dengan percuma. Anda boleh mengibahsuai skrip tersebut mengikut kesesuaian laman anda. Sekiranya anda mempunyai soalan, hubungi kami di webmaster@nazlia.faithweb.com.
|
Anda suka website ini?
Anda adalah pelawat bertuah yang ke:
|
[ Home | Agama |
Binaan
web |
Teknologi |
Buat
Duit |
Rekreasi |
Buku
Tamu ] |
© Copyright 2001. All rights reserved. Contact: JimWORLD Powered by Free Site Templates |